Tuesday, April 22, 2008

Utk Segala Sesuatu Ada Waktunya...

Masih sabarkah anda menanti waktu Tuhan? Berdoa tapi macam tidak berhasil? Kenapa?

Tahun berganti tahun, dunia tidak semakin baik tapi semakin buruk, keadaan ekonomi masyarakat juga semakin parah, gaji tidak cukup, keluarga bercerai-berai, anak-anak tidak teratur, bencana alam sini sana, kedamaian kian menghilang, dll. Sementara saat kita menghadapi masa-masa sulit, doa yang kita panjatkan tidak juga dijawab Tuhan, padahal air mata sudah bercucuran setiap hari dalam berdoa. Kita meraskan bahawa Tuhan terlalu lama dalam menjawab doa kita, padahal zaman ini semua serba nak cepat.. segEra... INSTANT. macam Mi Maggie, Mi Sedap dll. Jadi, mengapa doa kita juga tidak dijawab dengan kadar yang segera? Tuhan terlalu lambat buat kita, sudah tidak sesuai lagi, dan tidak mengikuti zaman.

Benarkah kalau Tuhan terlalu lambat menjawab doa? Jangan-jangan Tuhan sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi? Pengkhotbah 3:1 ada tercatat, "Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apapun dibawah langit ada waktunya" Jelas, bahawa Tuhan mengatakan bahawa segala sesuatu ada waktunya. Kita tidak tahu bila waktu Tuhan. Meskipun menurut kita besok adalah waktu yang tepat buat Tuhan untuk menjawab doa, tetapi waktu kita bukan waktu Tuhan, Tuhan tahu yang terbaik untuk kita. Jangan paksa Tuhan untuk mentaati kita, tapi berserahlah kepadanya.

Percayakan segala sesuatunya kepadaNYA, bukankah dalam Yeremia 29 : 11 dikatakan "Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada padaKu mengenai kamu, demikianlah firmanTuhan, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan padamu hari depan yang penuh harapan" WOW... apa tidak salah tuh ? Jelas tidak, kerana ini adalah FirmanNYA. Tapi....." kalau Tuhan tidak jawab doa saya esok maka saya akan celaka dan saya tidak ada masa depan lagi kerana semuanya akan hancur" Mungkin itu kata ANDA, tapi benarkah ? Sekali lagi Tidak, Tuhan sudah katakan bahawa rancangannya bukan rancangan kecelakaan,tapi rancangan damai sejahtera yang akan memberikan hari depan yang penuh harapan.

Jadi percayalah kepada Tuhan. Sementara anda berdoa menanti jawapan Tuhan, selidikilah kehidupan anda, apakah anda sudah hidup benar di hadapan Tuhan ? Atau anda sudah tidak taat dan setia kepadaNYA, atau anda sudah tidak hidup kudus lagi? Atau ada hal-hal lain yang menghalang doa anda yang menyakiti hati Tuhan? Bertaubatlah, dan tetaplah setia, jangan bersungut-sungut, ucapkan kata2 positif, kata-kata iman, dan firman Tuhan. Saya yakin bahawa tidak lama lagi Tuhan akan menjawab doa anda. Tuhan ingin anaknya hidup oleh IMAN.

Jadi, berjalanlah dengan iman bersama Tuhan..........SELAMAT MENIKMATI WAKTU BERSAMA TUHAN !!!!!

No comments: