|
Masih ingat tentang isu Tsunami beberapa tahun yang lalu? Ada keratan akhbar mengatakan bahawa,"pada hari Sabtu keadaan seperti di syurga tetapi pada hari Ahad ia berubah menjadi neraka". "Ia datang seperti pencuri". Lalu teringatlah satu Firman Tuhan yang berbunyi, (Wahyu. 16:15) "Lihatlah, Aku datang seperti pencuri. Berbahagialah dia, yang berjaga-jaga dan yang memperhatikan pakaiannya, supaya ia jangan berjalan dengan telanjang dan jangan kelihatan kemaluannya". Ayat yang hampir sama dalam 1Tes. 5:4 "Tetapi kamu, saudara-saudara, kamu tidak hidup di dalam kegelapan, sehingga hari itu tiba-tiba mendatangi kamu seperti pencuri" Pada 26 Disember 1996 ribut Grek berlaku di Sabah, Kelahiran Yesus diiringi dengan nyanyian pujian malaikat, kematianNya diiringi dengan kegelapan dan gempa bumi manakala kedatangan kedua kalinya didahului dengan tanda-tanda di langit dan di bumi ,Lukas 21:11. Bagaimana dengan teman-teman? Kita jangan menganggap gempa bumi atau tsunami saja yang dapat mengambil nyawa kita. Setiap hari kita terdedah kepada bermacam-macam bahaya seperti kemalangan, kebakaran, banjir, pembunuhan dan lain-lain musibah. Hati yang tertujuh dan bersandarkan kekuatan padaNya, berdoa dan memuji dalam hati setiap masa adalah kunci kekuatan kita. Tidak dilupakan FirmanNya menjadi kekuatan Rohani. Makanan Rohani. Jika diizinkan musibah menimpa kita, Dia adalah setia akan melindungi kita. Jika kita mati, FirmanNya menjadi pegangan kuat iaitu; barang siapa percaya kepadaNya tidak akan binasa melainkan memperolehi hidup yang kekal bersamaNya. "Tetapi kamu, saudara-saudara, kamu tidak hidup di dalam kegelapan, sehingga hari itu tiba-tiba mendatangi kamu seperti pencuri". *Kemuliaan Tuhan* |
Tuesday, April 22, 2008
Dia Datang Seperti Pencuri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment