Friday, April 25, 2008

Kekuatan Dari Dia Yang Mahakuasa...

Shalom..

Semasa saya mula menggerakkan jari-jemari saya di atas papan kekunci pada komputer riba saya ini, hati sebenarnya gundah-gulana. Iya.. Serba tidak tenteram. Pelbagai perkara masuk ke dalam kotak fikiran.. Peperiksaan Akhir Semester (ada 5 kertas lagi belum kuperangi..), penempatan kolej kediaman untuk semester / sesi akan datang, komitmen-komitmen terhadap pelbagai tugas sama ada untuk program universiti mahupun gereja, hal-hal peribadi yang teramat perlu saya fokuskan jua, dll. Saban malam tidur saya bertemankan kegelisahan yang hebat melanda. Pusing kiri, pusing kanan, peluk bantal, peluk teddy bear saya, pagang telefon bimbit saya, mesej-mesej, ermmmmm.... akhirnya, tanpa disedari, mata jadi berat dan terus tertutup tanpa disedari. Saya dibawa ke alam lain pula buat sementara waktu.

Keesokannya, saya bangun. Merenung masa depan, masa lalu, dan juga masa kini. Oh.. Saya masih bernafas. Saya masih hidup.. Itu semua karunia Tuhan juga. Halleluyah...

Sebenarnya, apa yang saya mahu luahkan di sini adalah Tuhan sentiasa memberi kita kekuatan dalam apa yang kita lakukan. Setiap pekerjaan kita dalam kehidupan seharian kita sebenarnya Dia yang membantu? Ada amen? Amen.....

Jadi, tidak payah kita mengeluh. Tidak payah kita mengatakan bahawa kita terbeban dengan hal duniawi. Serahkan sahaja kepadaNya dan Dia akan membantu. Begitu juga saya secara peribadi. Saya pernah menangis. Bercucuran air mata. Stres. Tapi Dia yang maha kuasa lebih memahami kita sebagai anakNya. Dia datang... Halleluyah... Terpujilah nama Dia. Yang penting, tetaplah berdoa.

Semoga dapat dijadikan renungan buat teman-teman.
Tuhan memberkati.

No comments: